SaranghaErul atau Erul Official Fan Club telah di mulakan pada 29 Mac 2011 oleh Myra Azlan. Ia sengaja dimulakan sebelum bermulanya Konsert Tirai AF9, ini bertujuan untuk memperkenalkan Erul kepada penonton Setia AF dan sedikit sebanyak ia juga membantu para penonton untuk mengenali Erul dengan lebih rapat.
Kelab ini mula beroperasi dengan penubuhan Laman Peminat (Fan Page) di Facebook iaitu www.facebook.com/erulfc . Tujuan utama penubuhan Laman Peminat ini adalah untuk memperkenalkan Erul kepada umum sekaligus membawa para peminat untuk menyokong dan mengundi Erul sepanjang keberadaan beliau di dalam Akademi Fantasia. Nama SaranghaErul ini juga telah dipilih sendiri oleh para peminat melalui Facebook Erulfc. SaranghaErul bermaksud ‘Saya Sayang Erul’ ini sebenarnya menjelaskan perasaan sebenar para peminat pada ketika itu.
Pada 31 Mac 2011 Blog rasmi SaranghaErul iaitu www.erulfc.blogspot.com telah dibuka dan disini lah telah bermula Legasi Erul yang sebenar. Para peminat dan penyokong Erul telah disajikan dengan gambar dan pelbagai informasi mengenai Erul dan Fan Club. Sebuah laman sembang (Chatroom) telah di letakkan di dalam blog tersebut agar dapat memudahkan para peminat untuk berinteraksi antara satu sama lain.
Pada 17 April 2011 (Ahad) perjumpaan pertama SaranghaErul telah berlangsung di AEON AU2 Setiawangsa. Pendaftaran terbuka juga dilakukan dan T-shirt Fan Club telah diberikan kepada setiap pendaftar. Untuk perjumpaan pertama ini aktiviti seperti membawa sepanduk ke Rumah Kaca bagi menaikkan semangat Erul telah dilakukan. Bermula dari hari tersebut, aktiviti perjumpaan ini telah dilakukan setiap minggu.
Mensyuarat rasmi kali pertama telah di lakukan pada 17 Mei 2011 bertempat di Starbuck Coffee, AEON AU2 Setiawangsa. Pada mesyuarat kali ini ahli jawatankuasa rasmi telah pun dilantik.
No comments:
Post a Comment