Page

Lets Chat here

Special Thx to Chatters SaranghaErul

Saturday 30 April 2011

3rd Gathering SaranghaErul

Annyunghaseyo SaranghaErul..

Good News!!! Jangan lepaskan peluang untuk mendaftar sebagai SaranghaErul.. dan mendapatkan sehelai T-Shirt ErulFC secara percuma dengan hanya rm10 yuran keahlian.. so.. Jom join 3rd Gathering Saranghaerul!!!


Tarikh: 2hb Mei 2011 (Isnin)
Masa : 3.00PM - 6.00PM
Tempat : Dihadapan Rumah Kaca AF9
Aktiviti : Sesuatu yang SANGAT menarik yang akan dilakukan secara beramai2 dalam kumpulan yang besar. sesuatu yang semestinya menyeronokkan kita semua dan juga ERUL..


P/s: kepada sesiapa yang sudah berdaftar dan sudah mempunyai T-Shirt bolehlah pakai T-shirt tersebut untuk aktiviti yang akan kita lakukan nanti..

Masalah Ejaan

Annyunghaseyo SaranghaErul...

Hari ni admin nak cakap sikit soal Ejaan 'ANNYUNGHASEYO' ini. Mesti semua heran kenapa admin tulis dalam ejaan yang macam ni. Ramai sudah orang yang tegur ejaan admin ini. Tapi admin nak menyatakan dekat sini, ini bahasa Korea dan di Korea mereka menggunakan Hangul dan apa yang seda kita eja dan tulis sekarang ialah Romaji. So, selagi sebutan atau pronunciation kita betul itu bermakna betul. Jika salah sebutan boleh membawa kepada makna yang lain, salah ejaan tapi sebutan tetap sama tidak membawa kepada sebarang masalah ye. Untuk pengetahuan semua, tulisan 'ANNYUNGHASEYO' ini adalah ejaan yang diberi kepada kami oleh seorang kenalan Erul dari Korea. Kalau dah orang Korea sendiri yang bagi ejaan macam ini siapa kita untuk menukarnya ya tak?? so.. harap lepas ini tiada spekulasi terhadap ejaan ini ye.. :D

Thursday 28 April 2011

Online Registration Open Now!!!!

Annyeonghaseyo SaranghaErul..

Just Click pada Link ini  untuk mendaftar sebagai ahli SaranghaErul. Jangan lepaskan peluang ini. :D
setiap yang berdaftar wajib membayar RM10.. dan berita menarik untuk yang mahu kami Pos t-shirt terus ke rumah anda hanya perlu membuat penambahan bayaran sebanyak RM5, ini bermakna anda hanya perlu membayar sebanyak RM15  dan kami akan terus membuat kiriman pos terus kehadapan pintu rumah anda. Jangan ketinggalan...

Yuran Keahlian RM10 + RM5 postage = RM15
(t-shirt akan di pos terus ke rumah anda)



Yuran Keahlian RM10 = t-shirt harus di ambil sendiri semasa Gathering atau dari AJK SaranghaErul


Kamsa Hamnida :D

Wednesday 27 April 2011

Lagu tugasan Konsert ke-3 Erul

Annyunghaeseyo SaranghaErul..

Minggu ni Erul dapat lagu Wanita Seluruh Dunia by Projek Pistol. So jom kita layan lagu ni. Hopefully Erul dapat buat yang terbaik ye.
Jangan lupa untuk AFUNDI20 ERUL..

enjoy Lirik n Video lagu ni dulu ye..


Wahai wanita
Wanita yang berada di seluruh dunia
Tak kira bangsa
Umur atau rupa
Oh asalkan kau wanita

Kau buat ku gila
Bila kau menggoda
Bila kau mengada-ngada
Oh lirikan mata senyuman manisnya
Oh kau buat aku tergoda

Chorus
Oh wanita seluruh dunia ku ingin kau tahu
Yang aku cinta kamu semua
Wahai permaisuriku
Dan walaupun ku tak mampu membahagikan diriku
Kepada wanita seluruh dunia
Lagu ini lagu cinta untuk kamu semua
Untuk kamu semua

Wahai wanita
Adakah kau mengerti apa yang aku kata
Kamu semua adalah inspirasiku bila ku berkarya
Ku tuliskan lagu hanyalah untukmu
Untuk buat hari kau ceria
Dan aku tak kisah mana kau berada
Ku ingin kau dengar ku berkata

Ulang Chorus

Wahai wanita
Wanita yang berada di seluruh dunia
Tak kira bangsa
Umur atau rupa
Oh asalkan kau wanita

Ulang Chorus

Lagu ini lagu cinta
Untuk kamu semua

Tuesday 26 April 2011

Awan Nano

Salam.. Anyunghaseyo SaranghaErul..

enjoy persembahan minggu ke-3 dari Erul.. Awan Nano by Hafiz..


AFUNDI20 ERUL

Sunday 24 April 2011

2nd Gathering SaranghaErul

Salam.. Annyunghaseyo SaranghaErul..


Admin would like to thanks to all SaranghaErul yang datang untuk 2nd Gathering di Castro Restaurant tadi. Juga terima kasih kepada pihak Castro sebab dah menyediakan tempat untuk kami, kerjasama anda amat kami hargai. Kepada semua SaranghaErul thanx sebab tak putus2 sokong dan undi Erul. Tak ada apa yang dapat kami berikan melainkan dari ucapat Jutaan Terima kasih buat anda semua.. Teruskan mengundi dan Menyokong Erul, kerna anda merupakan tulang belakang kami..
AFUNDI20 ERUL










Thursday 21 April 2011

Jom 2nd Gtahering

Annyeonghaseyo SaranghaErul..

Jangan lepaskan peluang untuk mendaftar sebagai SaranghaErul.. dan mendapatkan sehelai T-Shirt ErulFC secara percuma dengan hanya rm10 yuran keahlian.. so.. Jom join 2nd Gathering Saranghaerul!!!

Tempat: Castro Restaurant, Axis Atrium, LG8 Jalan Cempaka, Ampang KL
Tarikh : 24 April 2011 (Ahad)
Masa : 1.00pm - 3.00pm

Wednesday 20 April 2011

Lagu Tugasan untuk Konsert ke-3

Salam.. Annyeonghaseyo SaranghaeErul..

Untuk minggu ketiga ini seperti yang anda semua sedia maklum, bakal berlangsungnya Konsert untuk Operasi Gugur di Akademi Fantasia 9. Para pelajar telah di beri peluang ungtuk memilih lagu sendiri untuk konsert kali ini. Erul telah memilih lagu Awan Nano dari Juara AF7 iaitu Hafiz. Semoga Erul dapat lakukan yang terbaik dan lebih hebat untuk konsert kali ini. Kepada semua SaranghaErul jangan lupa untuk AFUNDI20 ERUL kekal kan Erul di dalam AF dan jadikan Erul sebagai Juara terakhir AF9!! Hwaiting!!!



Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu


Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Tuesday 12 April 2011

Lagu Konsert Kedua AF9

Salam.. Annyeonghaseyo Chinggu..

Untuk konsert kedua ini, Erul akan membawa lagu Cinta untuk Nabila dari Melissa. Semoga Erul dapat memberikan persembahan yang terbaik berbanding minggu lepas. Hwaiting Erul!!! AFUNDI10 ERUL


Lirik Lagu Cinta untuk Nabila by Melissa

Cinta untuk Nabila
Aku ciptakan sepanjang hidupku ini
Telah lama aku mencari
Kemana menghilangnya puteri

Apakan daya
Sudah suratan tertulis kita bertemu
Hingga kini setelah berpisah
Salju yang beku terlerai sudah

Oh Nabila...
Lambang cintaku kepadamu
Hingga kini oh Nabila takkan lupa 
Mengingatimu

Oh Nabila...
Lambang cinta yang telah layu
Hingga kini oh Nabila
Agar kau dapat mengerti
Kepada mu puteri
Kusanjung tinggi

Lagu untuk Nabila
Aku ciptakan bila mata 
Kuterpejam lena
Kuutuskan bayu yang bertiup
Menyatakan cinta untuk Nabila

Menyatakan cinta untuk Nabila

Monday 11 April 2011

1st Gathering SaranghaErul

Salam.. Annyeonghaseyo SaranghaErul..

Ok guys.. Admin ada berita baik buat semua.. Akan diadakan Gathering pertama SaranghaErul dan pendaftaran rasmi sebagai ahli SaranghaErul dengan yuran RM10 sahaja. dan yang paling BEST ialah 100 pendaftar pertama akan menerima sehelai T-Shirt rasmi ErulFC. 

Tarikh: 17hb April 2011 (Ahad)
Masa : 1.00PM
Tempat : A&W Jusco AEON AU2 Setiawangsa (tempat berkumpul sebelum ke Rumah Kaca AF9)
Tema  : Merah & Hitam
Aktiviti :  - Pendaftaran SaranghaErul
              - Beramah mesra dengan Family Erul dan SaranghaErul
              - Perarakan beramai-ramai ke Rumah Kaca AF9. Bawa bersama sepanduk, banting atau apa sahaja bahan untuk menaikkan semangat Erul..

Jangan lepaskan peluang ini..
JOM ramai-ramai!!!

Thursday 7 April 2011

Erul di dalam akademi

Salam.. Annyeonghaseyo SaranghaErul..

Semalam admin sempat pergi melawat Erul di Rumah Kaca AF9.. ni ada bebrapa keping gambar untuk tatapan semua SaranghaErul ye.. enjoyy... oh ye.. lupa pula.. nanti kita akan adakan gathering bersama SaranghaErul.. so.. jangan lupa join tawww.. :D
erul tersenyum lepas terlihat sesuatu...

masa ni dowang baru balik dari rehat kowt...

erul tukang jaga music masa kawan2 practice

erul n kawan2 lepak lepas kelas

salah seorang SaranghaErul yg datang bersungguh2..

Tuesday 5 April 2011

Lagu Konsert Pertama AF9

Salam.. Annyeonghaseyo Chinggu..

Untuk konsert hujung minggu ini, Erul akan membawa lagu Ganas dari KRU. Semoga Erul dapat memberikan persembahan yang membanggakan kita semua. Lagu Ganas ini pun ada ala-ala K-Pop juga, rasanya kenalah dengan jiwa Erul. Hwaiting Erul!!! AFUNDI10 ERUL

Lirik lagu Ganas by KRU

Di suruh diri aku berdiri
Disuruh duduk aku pun duduk
Setia tunduk pada arah telunjuk
Itu aku

Kerana cinta aku menghamba
Mengejar hasrat hatimu damba
Arahkan saja mengikut kehendakmu
Itu kamu
Hingga



Mata tak terpejam mencari apa yang kau mahu
Tapi mulut ku berdiam tak mahu bergaduh
Baik telinga dengar saja semua perintah ku junjung
Biar hati calar-balar tetap bersabar
Ganasnya cintamu
Ganasnya cintamu

Kau mahu itu aku begitu
Kau mahu ini ku pun begini
Jangan melawan nanti hukumannya bermuncung
Itu aku

Kerana cinta aku menghamba
Mengejar hasrat hatimu damba
Arahkan saja mengikut kehendakmu
Itu kamu

Hingga
Selalu sungguh hatiku mengeluh
Entah kenapa masih setia
Tragis oh tragis bertemankan sadis

Mungkin kerana sayang ku tidak menentang
Gelengan pun dah menjadi angguk
Tragis oh tragis bertemankan sadis

Monday 4 April 2011

Erul AF9 - Takbir Kasih [Getir OST]


Annyeonghaseyo Chingu!!!
to all friend this is film pendek bertajuk Getir yang telah dinyanyikan lagu temanya oleh Erul AF9 dan telah memenangi Anugerah Pefileman Malaysia di UUM baru-baru ini........... dengarkan.......
AFUNDI10 ERUL ke 32999

Sunday 3 April 2011

Erul dan Lena Menyerlah

Konsert Tirai Akademi Fantasia 9 yang telah diadakan semalam menandakan bermulanya musim yang terakhir Akademi Fantasia. 12 pelajar telah mempersembahkan persembahan sulung mereka di hadapan jutaan rakyat Malaysia secara dekat dan melalui kaca TV. Konsert Tirai AF9 telah diadakan di ruang letak kereta Aeon AU2, Setiawangsa.

Di antara kesemua 12 pelajar, 2 orang telah dipilih oleh barisan tenaga pengajar sebagai pelajar yang telah melakukan persembahan yang baik berbanding 10 yang lain. Mereka adalah Erul dan Lena. Erul tampil dengan lagu I'll Be Back dan Kasih Tercipta manakala Lena menyanyikan lagu Lamunan Hati dan Dag Dig Dug.

Kedua-duanya telah diumumkan sebagai pelajar terbaik Konsert Tirai ketika sesi penilaian yang diadakan bersama semua tenaga pengajar termasuk Pengetua, Amy Search. Dalam sesi ini juga, beberapa aspek telah disentuh seperti penjiwaan kerekter, keyakinan dalam penyampaian lagu dan sebagainya.


Dalam Konsert Tirai semalam, semua 12 pelajar diberikan 2 lagu berlainan genre sebagai tugasan mereka. Salah satu daripada lagu tersebut merupakan lagu pilihan mereka sendiri manakala satu lagi lagu merupakan lagu pilihan produksi. Cabaran mereka adalah untuk menguasai kepelbagaian genre muzik dalam satu persembahan.

Apakah lagu tugasan mereka untuk minggu pertama Konsert Akademi Fantasia 9? Saksikan dalam Diari Akademi Fantasia 9, setiap Isnin hingga Jumaat bermula esok, 9 malam di Astro Ria (104)


artikel di petik dari http://www.astro.com.my/akademifantasia
kamsa hamnida astro..

Persembahan Erul di Konsert Tirai AF9

KONSERT PERTAMA ERUL AF9

salam.. annyeonghaseyo semua...

Semalam telah berlangsunya Konsert Tirai AF9.. dan buat pertama kalinya Erul membuat persembahan di hadapan semua peminat dan penyokong beliau.. kini talian undian telah di buka.. ayuh  semua kita teruskan sokongan terhadap erul dengan 

AFUNDI ERUL ke 32999










Saturday 2 April 2011

Erul 1st performance tonite

Salam..안녕하세요

Hye Guyz.. malam ni firsttime Erul akan perform sebagai Pelajar AF9.. jom sama2 kita sokong dia di AEON AU2 Setiawangsa.. dan pada yang tak dapat sama2 join di sana bolehlah tonton di ch104 Astro Ria jam 9pm.. yang penting jangan lupa AFUNDI ERUL..

Friday 1 April 2011

Minggu Tirai Erul

Salam semua.. Annyeonghaseyo..

Dalam minggu ni admin sempat beberapa kali berkunjung ke 'Akuarium Kaca' pelajar AF9 yang juga menempatkan Erul.. ada beberapa keping gambar ekslusif yang dapat admin capture buat tatapan peminat Erul semua.. Admin juga sempat menyaksikan rehearsal bagi konsert Tirai AF9 yang bakal berlangsung esok.. semoga kalian semua jangan putus-putus mengundi ERUL..




AFUNDI10 ERUL..