Page

Lets Chat here

Special Thx to Chatters SaranghaErul

Friday 23 September 2011

MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI ERUL AF9

Pada 17 September 2011 (Sabtu) yang lalu telah berlangsungnya Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Erul AF9 di Dewan Perbandaran MPAJ, Pandan Indah, Ampang. Seramai lebih kurang 800 orang tetamu dan 60 oang anak yatim dari Asrama Darul Falah (ASDAF), Kuala Lumpur.

Majlis ni adalah hadiah dan tanda ingatan Erul kepada Rakan-rakan Media, Rakan-rakan Artis, dan Kelab Peminat Erul AF9 (SaranghaErul) yang tidak jemu memberi sokongan dan galakan kepada Erul semenjak Erul mula bertapak dalam industri hiburan tanah air.

Majlis yang serba ringkas ini telah berlangsung dengan lancar sekali. Majlis ini telah di hadiri oleh tetamu VIP, Ahli kelab peminat Erul AF9 (SaranghaErul), Rakan-rakan Artis, dan Ahli keluarga. Antara rakan-rakan artis yang hadir pada malam itu ialah Nera AF9, Miza AF9, Azri AF9, Dior, Fina AF9 dan Aida AF9.

Pelbagai aktiviti telah diadakan pada malam tersebut. Antaranya ialah Persembahan istimewa dari Kumpulan Percussion Djembe. Erul juga telah menyampaikan dua buah lagu solo dan satu lagu duet besama dengan teman AF9 nya Nera. Selain itu, Miza AF9 juga telah memeriahkan suasana dengan menyampaikan lagu yang bertajuk Sway.




Dalam keseronokan dan kemeriahan Aidilfitri, Erul juga tidak melupakan mereka yang memerlukan. Selain dihiburkan dengan persembahan dan layanan istimewa dari Erul, Anak-anak Yatim dari ASDAF telah menerima sumbangan duit raya dari Erul.