Page

Lets Chat here

Special Thx to Chatters SaranghaErul

Tuesday 6 December 2011

Happy Birthday Erul ♥

Happy Birthday Erul
Wish you all the best..
SaranghaErul will always support you no metter what..

Friday 21 October 2011

Android

Annyeonghaseyo!!!
How are you guyz??? Single kedua Erul yang bertajuk Android baru sahaja di keluarkan dan kini sedang diputarkan di semua stesen radio tempatan. Untuk menunjukkan tanda sokongan kalian terhadap Erul, jom sama-sama kita membuat permintaan lagu Android ini agar sering diputarkan dan ditempatkan dalam carta-carta lagu popular di radio. Tunjukkan kasih sayang anda terhadap Erul dengan melakukannya.

Sunday 2 October 2011

Majlis Hi-Tea bersama Erul di JB

Pada 1 Okt 2011 yg lepas SaranghaErul bahagian Johor telah menjalankan sebuah Majlis Hi-Tea bersama Erul di Hotel The Zone JB. Lebih kurang jam 1.30pm rombongan SaranghaErul HQ di Kuala Lumpur bersama Erul, Keluarga dan Crew telah tiba di Hotel The Zon.



Lebih kurang jam 3pm majlis dimulakan. Semua persiapan rapi telah di lakukan oleh Puan Hanizah dan AJK SaranghaErul bahagian JB. Erul menyampaikan dua buah lagu khas buat peminantnya yang hadir pada petang itu. Rata-rata peminat berpuas hati dengan layanan hangat Erul kepada mereka. Pelbagai aktiviti dijalankan bagi memenuhi ruang-ruang masa majlis. Keseluruhan majlis berjalan lancar seperti yang telah dirangkakan.



Erul bersama AJK dari HQ dan JB








Jutaan Terima kasih buat SaranghaErul bahagian Johor kerana telah membanting tulang untuk menyediakan majlis yang serba indah ini. Terima kasih juga dikalungkan kepada semua peminat yang sudi hadir ke majlis tersebut.

Friday 23 September 2011

MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI ERUL AF9

Pada 17 September 2011 (Sabtu) yang lalu telah berlangsungnya Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Erul AF9 di Dewan Perbandaran MPAJ, Pandan Indah, Ampang. Seramai lebih kurang 800 orang tetamu dan 60 oang anak yatim dari Asrama Darul Falah (ASDAF), Kuala Lumpur.

Majlis ni adalah hadiah dan tanda ingatan Erul kepada Rakan-rakan Media, Rakan-rakan Artis, dan Kelab Peminat Erul AF9 (SaranghaErul) yang tidak jemu memberi sokongan dan galakan kepada Erul semenjak Erul mula bertapak dalam industri hiburan tanah air.

Majlis yang serba ringkas ini telah berlangsung dengan lancar sekali. Majlis ini telah di hadiri oleh tetamu VIP, Ahli kelab peminat Erul AF9 (SaranghaErul), Rakan-rakan Artis, dan Ahli keluarga. Antara rakan-rakan artis yang hadir pada malam itu ialah Nera AF9, Miza AF9, Azri AF9, Dior, Fina AF9 dan Aida AF9.

Pelbagai aktiviti telah diadakan pada malam tersebut. Antaranya ialah Persembahan istimewa dari Kumpulan Percussion Djembe. Erul juga telah menyampaikan dua buah lagu solo dan satu lagu duet besama dengan teman AF9 nya Nera. Selain itu, Miza AF9 juga telah memeriahkan suasana dengan menyampaikan lagu yang bertajuk Sway.




Dalam keseronokan dan kemeriahan Aidilfitri, Erul juga tidak melupakan mereka yang memerlukan. Selain dihiburkan dengan persembahan dan layanan istimewa dari Erul, Anak-anak Yatim dari ASDAF telah menerima sumbangan duit raya dari Erul.

Monday 1 August 2011

Salam Ramadhan Al-Mubarak



Salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua SaranghaErul..
Semoga segala amal ibadat yang kita lakukan akan di terima ALLAH.. :)

Tuesday 26 July 2011

Chatting with Fans

Salam.. Annyeonghaseyo SaranghaErul..

How are you?? semalam 25July Erul telah meluangkan masa lebih kurang sejam setengah dari 3.30pm - 5.00pm untuk beramah mesra dengan para peminat di laman sembang SaranghaErul di atas ni.. :) Semoga semua peminat berpuas hati dan yang tak dapat chat tu jangan risau nanti Erul akan chat lagi dengan anda semua ye :) so kenalah selalu2 chat di sini..





Friday 15 July 2011

Pelancaran SaranghaErul (Part 1)

Persembahan Legasi Cleopatra
Bertempat di Kelab Darul Ehsan (KDE), pada 9hb Julai 2011 ( Sabtu ) jam 2.30 yang lalu telah berlangsungnya Majlis Sepetang bersama Erul dan Pelancaran Erul Official Fan Club (SaranghaErul). Biarpun ramai yang ketakutan akibat perhimpunan haram yang berlangsung di sekitar Kuala Lumpur, namun para penyokong Erul masih juga tidak mahu melepaskan peluang untuk menghadiri majlis ini. Seramai 180 orang tetamu telah berjaya menghadirkan diri mereka di sana.
Majlis ini adalah sebagai hadiah dan tanda terima kasih Erul kepada tenaga pengajar, rakan wartawan dari media cetak mahupun elektronik yang tidak jemu memberi sokongan dan galakan kepada Erul semasa berada di dalam Akademi Fantasia 9 (AF9). Tidak di lupakan penghargaan paling istimewa kepada para peminat di luar yang selama ini banyak menyokong dan memberi semangat untuk Erul terus berjuang di dalam AF9. Ternyata fenomena K – pop yang cuba di ketengahkan oleh anak muda ini melalui personaliti dan cara persembahan telah menarik ramai peminat genre berkenaan, khususnya di kalangan remaja dan anak – anak kecil.
erul dan AJK SaranghaErul
Selain itu Majlisyang berlangsung serba ringkas dan meriah ini juga telah memperkenalkan barisan tulang belakang Erul yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa SaranghaErul. SaranghaErul telah mula bertapak pada 29 Mac 2011 dan sehingga ke hari ini pelbagai usaha telah dijalankan bagi menyokong aktiviti seni anak muda ini. Laman Blog rasmi www.erulfc.blogspot.com dan laman facebook www.facebook.com/erulfc telah menjadi medium perantara diantara kesemua ahli SaranghaErul dengan AJK dan Erul sendiri. Majlis ini telah di hadiri oleh rakan – rakan artis seperti Miza AF9, Sahri AF1, Dior, Hazama AF9 dan Afif AF9.
Rakan2 artis Erul

Majlis petang itu telah di isi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan bertuah, tayangan video khas mengenai perjalanan SaranghaErul, Aktiviti permainan pentas Erul bersama peminat dan paling di nantikan ialah persembahan istimewa dari Erul. Kali ini Erul telah mempersembahkan lagu single beliau yang berjudul Legasi Cleopatra, bergandingan dengan penari dari Kumpulan Ruffleneck. Erul juga menyampaikan sebuah lagi lagu iaitu Cinta Untuk Nabila yang pernah dinyanyikannya pada Konsert AF9 yang lepas.
Majlis kali ini telah mendapat penajaan daripada Palm Garden Hotel, IOI Resort Putrajaya, Tomatoestation, C Cut Hair & Beauty Salon, O’oi Couture, EOCM, Al-Najwa Production, Hajat Lafaz Sdn.Bhd, Haz Make-Up Artist, Raisevest Sdn.Bhd, Kolam Ayer Resources Sdn.Bhd, Zedma Graphic. Little Tree dan Kelab Darul Ehsan sebagai penaja utama.
tq to all sponsor



Erul, Admin dan ruffneckz

Acaa permainan pentas





sambutan hari lahir peminat








persembahan Cinta Untuk Nabila

Gimmick percussion..
rehearsal sebelum majlis bermula
Flower stand dari Cari.com
Sekian , terima kasih.

Tuesday 12 July 2011

Sejarah penubuhan SaranghaErul

SaranghaErul atau Erul Official Fan Club telah di mulakan pada 29 Mac 2011 oleh Myra Azlan. Ia sengaja dimulakan sebelum bermulanya Konsert Tirai AF9, ini bertujuan untuk memperkenalkan Erul kepada penonton Setia AF dan sedikit sebanyak ia juga membantu para penonton untuk mengenali Erul dengan lebih rapat.
Kelab ini mula beroperasi dengan penubuhan Laman Peminat (Fan Page) di Facebook iaitu www.facebook.com/erulfc . Tujuan utama penubuhan Laman Peminat ini adalah untuk memperkenalkan Erul kepada umum sekaligus membawa para peminat untuk menyokong dan mengundi Erul sepanjang keberadaan beliau di dalam Akademi Fantasia. Nama SaranghaErul ini juga telah dipilih sendiri oleh para peminat melalui Facebook Erulfc. SaranghaErul bermaksud ‘Saya Sayang Erul’ ini sebenarnya menjelaskan perasaan sebenar para peminat pada ketika itu.
Pada 31 Mac 2011 Blog rasmi SaranghaErul iaitu www.erulfc.blogspot.com telah dibuka dan disini lah telah bermula Legasi Erul yang sebenar. Para peminat dan penyokong Erul telah disajikan dengan gambar dan pelbagai informasi mengenai Erul dan Fan Club. Sebuah laman sembang (Chatroom) telah di letakkan di dalam blog tersebut agar dapat memudahkan para peminat untuk berinteraksi antara satu sama lain.
Pada 17 April 2011 (Ahad) perjumpaan pertama SaranghaErul telah berlangsung di AEON AU2 Setiawangsa. Pendaftaran terbuka juga dilakukan dan T-shirt Fan Club telah diberikan kepada setiap pendaftar. Untuk perjumpaan pertama ini aktiviti seperti membawa sepanduk ke Rumah Kaca bagi menaikkan semangat Erul telah dilakukan. Bermula dari hari tersebut, aktiviti perjumpaan ini telah dilakukan setiap minggu.
Mensyuarat rasmi kali pertama telah di lakukan pada 17 Mei 2011 bertempat di Starbuck Coffee, AEON AU2 Setiawangsa. Pada mesyuarat kali ini ahli jawatankuasa rasmi telah pun dilantik.



Sunday 26 June 2011

Majlis Pelancaran album Dayana Idola Kecil Tv9

Dayana Juara Idola Kecil merupakan bekas protege Erul semasa Beliau di dalam Idola kecil. Beliau sentiasa menghargai jasa Erul kerana Mengajar beliau.  Good Luck Dayana.. :) 








Erul Dan Fina Menjadi Artis Undangan didalam Rancangan : Clever(Edisi Malaysia)

Aktiviti Erul yang selanjutnya...
Selepas Menghadiri Majlis Perkahwinan Abang Kay,  Erul Terus berkejar ke Jabatan Filem Negara bagi menjalani pengambaran rancangan Clever bersama Fina.. 



Erul dan Fina dalam sesi menemuramah.. bersama Fina



Majlis Perkahwinan Abang Kay

Annyunghaseyo.. 
Erul telah berkesempatan untuk menghadiri Majlis Perkahwinan abang kepada Kay.. Jom kita sama-sama enjoy gambar di sekitar majlis.
 Tercapai gak hajat Nisa untuk bergambar bersama Kay


 Erul bersama salah seorang rakan karib beliau



Antara yang turut hadir ke majlis perkahwinan Abang Kay..  Selamat Pengantin Baru Semoga Bahagia Ke anak Cucu

Saturday 25 June 2011

Tanya Erul episode 1

Annyeonghaseyo SaranghaErul!!
Dengan suka citanya Admin ingin memperkenalkan Rancangan Hiburan Terbaru SaranghaErul.. Rancangan ini khas buat semua peminat Erul.. pelbagai soalan akan dijawab oleh Erul.. nantikan kemunculannya.. pada episode2 yang akan datang..

Friday 24 June 2011

Rombongan Cik Kiah ke Konsert Final AF9

Assalamualaikum..
Annyeonghaseyo SaranghaErul..
sorry guysz lambat post gambar2 ni.. admin sedikit bz sejak kebelakangan ini.. pada konsert akhir yang lepas kita telah menghantar satu bas (berpuluh org juga laaa) untuk menyokong erul.. lihatlah betapa kuatnya peminat erul... biarpun erul tak ada rezeki  bertarung sampai ke pentas final, namun para peminat masih juga menyokong erul.. sanggup meluangkan masa bersama keluarga datang ke Dataran Putrajaya untuk menyokong persembahan Erul di sana.. Thx to all fans :) teruskn menyokong erul ye!!!