Page

Lets Chat here

Special Thx to Chatters SaranghaErul

Sunday 29 May 2011

Gempak Habisss

Annyeonghaseyo SaranghaErul..


Good news to all SaranghaErul.. kita akan mengadakan suatu perjumpaan yang besar-besaran dengan semua ahli Erul Fan Club a.k.a SaranghaErul.. Jangan lepaskan peluang anda untuk bersama kami melakukan sesuatu aktiviti yang GEMPAK habess untuk menaikkan semangat Erul.. Semoga dengan kehadiran kita dapat sedikit sebanyak dapat menaikkan semangat Erul untuk berjuang di Akademi Fantasia9.. Kami juga menyediakan cenderamata istimewa buat kalian yang menyertai kami..


Tarikh: 31/05/2011
Jam: 6.00 ptg
Tempat: Aeon AU2(berkumpul di Starbuck)
Aktiviti : Sesuatu Kejutan Untuk Erul
Pakaian: T-shirt Fan Club Erul (Sesiapa yang ingin Menjadi Ahli anda boleh mendaftar pada hari tersebut).


p/s: ada sesuatu yang menarik dan diminati oleh erul akan menjadi milik anda..!!!

Monday 23 May 2011

Aktiviti Terbaru


Klip video di atas adalah antara sedutan daripada aktiviti-aktiviti Erul Fan Club. Meriah kan? Apa lagi, jom lah aktifkan diri menyertai aktiviti Kelab ini. Memang happening, dan semua peminat Erul memang sporting habis. Penyertaan untuk pertandingan yang kita anjurkan pun agak memberangsangkan. Tak sangka peminat Erul sangat berenergi semuanya. Memang respon yang sangat tak diduga. Kami bagi pihak Erul ingin mengucapkan ribuan Terima Kasih pada yang tak henti-henti menyokong kelab ini. U guys memang superb!. Bagi yang tak pernah lagi menyertai aktiviti yang kita anjurkan, jangan sedih. Anda masih belum terlambat lagi. Jomlah!

Lagu Tugasan Minggu ke-8

Minggu ini, Erul ditugaskan untuk membawa lagu Rock kapak bertajuk Bunga Angkasa, penyanyi asal Terra Rossa. Wah, memang memerlukan vokal yang mantap nih. Doakan Erul berjaya membawa lagu ini dan seterusnya menarik perhatian para pengkritik. Kita sebagai peminat juga jangan berhenti mengundi Erul. Yeah!. Jangan mengundi saat-saat terakhir ye, nanti talian pasti sibuk. Anda boleh mengundi pada hari-hari biasa juga. Yang penting anda mengundi secara berterusan. Ayuh!



Lirik Lagu Bunga Angkasa - Terra Rossa

Indah sinar sang suria
merdu irama sang bayu
tiada seindah wajahmu
tiada semerdu suaramu

Lembut bayu membelai
merdu burung berlagu
tiada selembut belaianmu
tiada semerdu kau berlagu

pre-chorus

Keindahan wajahmu jadi sumber ilhamku
suaramu yang merdu menghiburkan hatiku
bertambah cahaya hidupku
kau janji bersumpah setia
walaupun ribut melanda kan bersama

chorus

Selagi masih ada...sinaran mentari
selagi ada...getar di jiwaku
kan ku korban...jiwa raga
demi cinta...untukmu bunga angkasa

Tuesday 17 May 2011

Update tentang pertandingan sepanduk

Hi guys....

Kepada para peserta yang menyertai pertandingan sepanduk Ahad ini (22 Mei) , di harap dapat menghadirkan diri di Starbucks, Aeon Setiawangsa seawal jam 12 tengah hari. Ini kerana, pihak penganjur akan memulakan acara penyampaian hadiah pada jam 1.30 petang. Jadi, cepat-cepat hantar ye. Selepas itu kita akan sama-sama pergi meletakkan sepanduk yang meraih markah terbanyak itu di rumah kaca. 

Pasti Erul berbangga dengan hasil tangan kamu semua kan?. Apa lagi, cepat-cepat lah buat dan hantar ye....

Lagu Tugasan Minggu ke-7

Annyunghaseyo SaranghaErul..

Minggu ini Erul mendapat lagu Antara Hujan Dan Air Mata nyanyian asal by Sudirman. Lagu ni memerlukan high tone yang tinggi, sesuai dengan suara Erul. Kasi gegar studio tu Erul!





Antara Hujan Dan Air Mata -  Sudirman


Selebat hujan yang turun
Mencurah membasahi bumi
Tidak selebat hujan
Di dalam jiwaku
Sehebat halilintar
Membelah langit yang kelabu
Tidak sepanas petir
Yang membakar hidupku
Oh hujan
Di antara airmataku
Menitis laju

Bersama pilu pilu
Kucuba menghapuskan
Kenangan waktu silam
Namun bertambah membara
Rindu yang ku sekamkan
Semakin aku mencuba
Semakin terasa siksa
Inikah yang kau tinggalkan
Untuk diriku
Oh kasih...

Saturday 14 May 2011

Special Video for SaranghaErUL

Annyunghaseyo SaranghaErul..

This is the present for You guys saranghaErul!!

Tuesday 10 May 2011

Lagu tugasan minggu ke-6

Annyunghaseyo SaranghaErul..

Minggu ini Erul mendapat lagu Janji nyanyian asal by Akim.. enjoyyy

Lirik Janji – Akim


Cubalah kau mengerti
Perasaan hatiku
Ku cinta kamu
Hanya itu aku tahu



Dan takkan terulang lagi
Silapku yang dulu
Meninggalkanmu
Untuk kedua kali takkan berlaku



Chorus
Aku akan selalu
Menjaga dan mencintaimu
Aku janji padamu
Takkan menduakanmu



Dan takkan terulang lagi
Silapku yang dulu
Meninggalkanmu
Untuk kedua kali takkan berlaku


Ulang Chorus


Aku janji padamu
Akan mencintaimu


Ulang Chorus

Takkan menduakanmu



Happiness of SaranghaErul

Annyunghaseyo SaranghaErul..

How are you guys?? sorry lah lately ni admin sangat berat untuk update blog, agak sibuk dengan online registration lah. Admin akan letak beberapa keping gambar untuk dua gathering lepas yang admin t ak sempat nak update, enjoy yah!! Ouh ya kami dari seluruh team SaranghaErul ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada u all yg dan join gathering kami, u guys mmg best lah!!

SaranghaErul bersama Cikgu Aris

Posing ye

Family yang mendaftar pada hari ahad lepas

3 Jelitawan SaranghaErul


SaranghaErul with Raqib

FlashMob team!! suksess!!! Daebak!!!

with Miza AF9










with AFIF AF9

Mubarak (adik Erul) with his fwens






Erul tersenyum melihat kelibat para SaranghaErul


Thursday 5 May 2011

Jom ke Rumah Kaca!!!

Annyunghaseyo SaranghaErul.. 
Dijemput semua peminat Erul untuk menghadirkan diri ke Rumah Kaca Akademi Fantasia 9 di AEON AU2 Setiawangsa pada 6 May 2011 (Jumaat).. pada jam 2.30ptg.. berkumpul dihadapan Starbuck.. menurut pihak yang berkenaan perjumpaan kali ini diadakan untuk mengumpulkan kesemua FanClub para pelajar AF9 yang masih kekal di AF.. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Hazimi Zailani 0176088219 ..

Wednesday 4 May 2011

SaranghaErul FlashMob

Annyeonghaseyo SaranghaErul

Inilah hasil nya hanya berbekalkan 45minit shaja untuk berlatih.. minta maaf lah kalau  kami tidak dapat buat perfect like others want it.. ok enjoy ye!! :D