Page

Lets Chat here

Special Thx to Chatters SaranghaErul

Friday, 15 July 2011

Pelancaran SaranghaErul (Part 1)

Persembahan Legasi Cleopatra
Bertempat di Kelab Darul Ehsan (KDE), pada 9hb Julai 2011 ( Sabtu ) jam 2.30 yang lalu telah berlangsungnya Majlis Sepetang bersama Erul dan Pelancaran Erul Official Fan Club (SaranghaErul). Biarpun ramai yang ketakutan akibat perhimpunan haram yang berlangsung di sekitar Kuala Lumpur, namun para penyokong Erul masih juga tidak mahu melepaskan peluang untuk menghadiri majlis ini. Seramai 180 orang tetamu telah berjaya menghadirkan diri mereka di sana.
Majlis ini adalah sebagai hadiah dan tanda terima kasih Erul kepada tenaga pengajar, rakan wartawan dari media cetak mahupun elektronik yang tidak jemu memberi sokongan dan galakan kepada Erul semasa berada di dalam Akademi Fantasia 9 (AF9). Tidak di lupakan penghargaan paling istimewa kepada para peminat di luar yang selama ini banyak menyokong dan memberi semangat untuk Erul terus berjuang di dalam AF9. Ternyata fenomena K – pop yang cuba di ketengahkan oleh anak muda ini melalui personaliti dan cara persembahan telah menarik ramai peminat genre berkenaan, khususnya di kalangan remaja dan anak – anak kecil.
erul dan AJK SaranghaErul
Selain itu Majlisyang berlangsung serba ringkas dan meriah ini juga telah memperkenalkan barisan tulang belakang Erul yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa SaranghaErul. SaranghaErul telah mula bertapak pada 29 Mac 2011 dan sehingga ke hari ini pelbagai usaha telah dijalankan bagi menyokong aktiviti seni anak muda ini. Laman Blog rasmi www.erulfc.blogspot.com dan laman facebook www.facebook.com/erulfc telah menjadi medium perantara diantara kesemua ahli SaranghaErul dengan AJK dan Erul sendiri. Majlis ini telah di hadiri oleh rakan – rakan artis seperti Miza AF9, Sahri AF1, Dior, Hazama AF9 dan Afif AF9.
Rakan2 artis Erul

Majlis petang itu telah di isi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan bertuah, tayangan video khas mengenai perjalanan SaranghaErul, Aktiviti permainan pentas Erul bersama peminat dan paling di nantikan ialah persembahan istimewa dari Erul. Kali ini Erul telah mempersembahkan lagu single beliau yang berjudul Legasi Cleopatra, bergandingan dengan penari dari Kumpulan Ruffleneck. Erul juga menyampaikan sebuah lagi lagu iaitu Cinta Untuk Nabila yang pernah dinyanyikannya pada Konsert AF9 yang lepas.
Majlis kali ini telah mendapat penajaan daripada Palm Garden Hotel, IOI Resort Putrajaya, Tomatoestation, C Cut Hair & Beauty Salon, O’oi Couture, EOCM, Al-Najwa Production, Hajat Lafaz Sdn.Bhd, Haz Make-Up Artist, Raisevest Sdn.Bhd, Kolam Ayer Resources Sdn.Bhd, Zedma Graphic. Little Tree dan Kelab Darul Ehsan sebagai penaja utama.
tq to all sponsor



Erul, Admin dan ruffneckz

Acaa permainan pentas





sambutan hari lahir peminat








persembahan Cinta Untuk Nabila

Gimmick percussion..
rehearsal sebelum majlis bermula
Flower stand dari Cari.com
Sekian , terima kasih.

2 comments:

  1. ah! i saw Ruffneckz . Are they buddies?

    ReplyDelete