Page

Lets Chat here

Special Thx to Chatters SaranghaErul

Tuesday, 5 April 2011

Lagu Konsert Pertama AF9

Salam.. Annyeonghaseyo Chinggu..

Untuk konsert hujung minggu ini, Erul akan membawa lagu Ganas dari KRU. Semoga Erul dapat memberikan persembahan yang membanggakan kita semua. Lagu Ganas ini pun ada ala-ala K-Pop juga, rasanya kenalah dengan jiwa Erul. Hwaiting Erul!!! AFUNDI10 ERUL

Lirik lagu Ganas by KRU

Di suruh diri aku berdiri
Disuruh duduk aku pun duduk
Setia tunduk pada arah telunjuk
Itu aku

Kerana cinta aku menghamba
Mengejar hasrat hatimu damba
Arahkan saja mengikut kehendakmu
Itu kamu
Hingga



Mata tak terpejam mencari apa yang kau mahu
Tapi mulut ku berdiam tak mahu bergaduh
Baik telinga dengar saja semua perintah ku junjung
Biar hati calar-balar tetap bersabar
Ganasnya cintamu
Ganasnya cintamu

Kau mahu itu aku begitu
Kau mahu ini ku pun begini
Jangan melawan nanti hukumannya bermuncung
Itu aku

Kerana cinta aku menghamba
Mengejar hasrat hatimu damba
Arahkan saja mengikut kehendakmu
Itu kamu

Hingga
Selalu sungguh hatiku mengeluh
Entah kenapa masih setia
Tragis oh tragis bertemankan sadis

Mungkin kerana sayang ku tidak menentang
Gelengan pun dah menjadi angguk
Tragis oh tragis bertemankan sadis

Monday, 4 April 2011

Erul AF9 - Takbir Kasih [Getir OST]


Annyeonghaseyo Chingu!!!
to all friend this is film pendek bertajuk Getir yang telah dinyanyikan lagu temanya oleh Erul AF9 dan telah memenangi Anugerah Pefileman Malaysia di UUM baru-baru ini........... dengarkan.......
AFUNDI10 ERUL ke 32999

Sunday, 3 April 2011

Erul dan Lena Menyerlah

Konsert Tirai Akademi Fantasia 9 yang telah diadakan semalam menandakan bermulanya musim yang terakhir Akademi Fantasia. 12 pelajar telah mempersembahkan persembahan sulung mereka di hadapan jutaan rakyat Malaysia secara dekat dan melalui kaca TV. Konsert Tirai AF9 telah diadakan di ruang letak kereta Aeon AU2, Setiawangsa.

Di antara kesemua 12 pelajar, 2 orang telah dipilih oleh barisan tenaga pengajar sebagai pelajar yang telah melakukan persembahan yang baik berbanding 10 yang lain. Mereka adalah Erul dan Lena. Erul tampil dengan lagu I'll Be Back dan Kasih Tercipta manakala Lena menyanyikan lagu Lamunan Hati dan Dag Dig Dug.

Kedua-duanya telah diumumkan sebagai pelajar terbaik Konsert Tirai ketika sesi penilaian yang diadakan bersama semua tenaga pengajar termasuk Pengetua, Amy Search. Dalam sesi ini juga, beberapa aspek telah disentuh seperti penjiwaan kerekter, keyakinan dalam penyampaian lagu dan sebagainya.


Dalam Konsert Tirai semalam, semua 12 pelajar diberikan 2 lagu berlainan genre sebagai tugasan mereka. Salah satu daripada lagu tersebut merupakan lagu pilihan mereka sendiri manakala satu lagi lagu merupakan lagu pilihan produksi. Cabaran mereka adalah untuk menguasai kepelbagaian genre muzik dalam satu persembahan.

Apakah lagu tugasan mereka untuk minggu pertama Konsert Akademi Fantasia 9? Saksikan dalam Diari Akademi Fantasia 9, setiap Isnin hingga Jumaat bermula esok, 9 malam di Astro Ria (104)


artikel di petik dari http://www.astro.com.my/akademifantasia
kamsa hamnida astro..

Persembahan Erul di Konsert Tirai AF9

KONSERT PERTAMA ERUL AF9

salam.. annyeonghaseyo semua...

Semalam telah berlangsunya Konsert Tirai AF9.. dan buat pertama kalinya Erul membuat persembahan di hadapan semua peminat dan penyokong beliau.. kini talian undian telah di buka.. ayuh  semua kita teruskan sokongan terhadap erul dengan 

AFUNDI ERUL ke 32999










Saturday, 2 April 2011

Erul 1st performance tonite

Salam..안녕하세요

Hye Guyz.. malam ni firsttime Erul akan perform sebagai Pelajar AF9.. jom sama2 kita sokong dia di AEON AU2 Setiawangsa.. dan pada yang tak dapat sama2 join di sana bolehlah tonton di ch104 Astro Ria jam 9pm.. yang penting jangan lupa AFUNDI ERUL..

Friday, 1 April 2011

Minggu Tirai Erul

Salam semua.. Annyeonghaseyo..

Dalam minggu ni admin sempat beberapa kali berkunjung ke 'Akuarium Kaca' pelajar AF9 yang juga menempatkan Erul.. ada beberapa keping gambar ekslusif yang dapat admin capture buat tatapan peminat Erul semua.. Admin juga sempat menyaksikan rehearsal bagi konsert Tirai AF9 yang bakal berlangsung esok.. semoga kalian semua jangan putus-putus mengundi ERUL..




AFUNDI10 ERUL..