Page

Lets Chat here

Special Thx to Chatters SaranghaErul

Wednesday, 20 April 2011

Lagu Tugasan untuk Konsert ke-3

Salam.. Annyeonghaseyo SaranghaeErul..

Untuk minggu ketiga ini seperti yang anda semua sedia maklum, bakal berlangsungnya Konsert untuk Operasi Gugur di Akademi Fantasia 9. Para pelajar telah di beri peluang ungtuk memilih lagu sendiri untuk konsert kali ini. Erul telah memilih lagu Awan Nano dari Juara AF7 iaitu Hafiz. Semoga Erul dapat lakukan yang terbaik dan lebih hebat untuk konsert kali ini. Kepada semua SaranghaErul jangan lupa untuk AFUNDI20 ERUL kekal kan Erul di dalam AF dan jadikan Erul sebagai Juara terakhir AF9!! Hwaiting!!!



Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu


Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Tuesday, 12 April 2011

Lagu Konsert Kedua AF9

Salam.. Annyeonghaseyo Chinggu..

Untuk konsert kedua ini, Erul akan membawa lagu Cinta untuk Nabila dari Melissa. Semoga Erul dapat memberikan persembahan yang terbaik berbanding minggu lepas. Hwaiting Erul!!! AFUNDI10 ERUL


Lirik Lagu Cinta untuk Nabila by Melissa

Cinta untuk Nabila
Aku ciptakan sepanjang hidupku ini
Telah lama aku mencari
Kemana menghilangnya puteri

Apakan daya
Sudah suratan tertulis kita bertemu
Hingga kini setelah berpisah
Salju yang beku terlerai sudah

Oh Nabila...
Lambang cintaku kepadamu
Hingga kini oh Nabila takkan lupa 
Mengingatimu

Oh Nabila...
Lambang cinta yang telah layu
Hingga kini oh Nabila
Agar kau dapat mengerti
Kepada mu puteri
Kusanjung tinggi

Lagu untuk Nabila
Aku ciptakan bila mata 
Kuterpejam lena
Kuutuskan bayu yang bertiup
Menyatakan cinta untuk Nabila

Menyatakan cinta untuk Nabila

Monday, 11 April 2011

1st Gathering SaranghaErul

Salam.. Annyeonghaseyo SaranghaErul..

Ok guys.. Admin ada berita baik buat semua.. Akan diadakan Gathering pertama SaranghaErul dan pendaftaran rasmi sebagai ahli SaranghaErul dengan yuran RM10 sahaja. dan yang paling BEST ialah 100 pendaftar pertama akan menerima sehelai T-Shirt rasmi ErulFC. 

Tarikh: 17hb April 2011 (Ahad)
Masa : 1.00PM
Tempat : A&W Jusco AEON AU2 Setiawangsa (tempat berkumpul sebelum ke Rumah Kaca AF9)
Tema  : Merah & Hitam
Aktiviti :  - Pendaftaran SaranghaErul
              - Beramah mesra dengan Family Erul dan SaranghaErul
              - Perarakan beramai-ramai ke Rumah Kaca AF9. Bawa bersama sepanduk, banting atau apa sahaja bahan untuk menaikkan semangat Erul..

Jangan lepaskan peluang ini..
JOM ramai-ramai!!!

Sunday, 10 April 2011

Thursday, 7 April 2011

Erul di dalam akademi

Salam.. Annyeonghaseyo SaranghaErul..

Semalam admin sempat pergi melawat Erul di Rumah Kaca AF9.. ni ada bebrapa keping gambar untuk tatapan semua SaranghaErul ye.. enjoyy... oh ye.. lupa pula.. nanti kita akan adakan gathering bersama SaranghaErul.. so.. jangan lupa join tawww.. :D
erul tersenyum lepas terlihat sesuatu...

masa ni dowang baru balik dari rehat kowt...

erul tukang jaga music masa kawan2 practice

erul n kawan2 lepak lepas kelas

salah seorang SaranghaErul yg datang bersungguh2..