Special Thx to Chatters SaranghaErul
Saturday, 17 March 2012
Tuesday, 6 December 2011
Friday, 21 October 2011
Android
Annyeonghaseyo!!!
How are you guyz??? Single kedua Erul yang bertajuk Android baru sahaja di keluarkan dan kini sedang diputarkan di semua stesen radio tempatan. Untuk menunjukkan tanda sokongan kalian terhadap Erul, jom sama-sama kita membuat permintaan lagu Android ini agar sering diputarkan dan ditempatkan dalam carta-carta lagu popular di radio. Tunjukkan kasih sayang anda terhadap Erul dengan melakukannya.
Sunday, 2 October 2011
Majlis Hi-Tea bersama Erul di JB
Pada 1 Okt 2011 yg lepas SaranghaErul bahagian Johor telah menjalankan sebuah Majlis Hi-Tea bersama Erul di Hotel The Zone JB. Lebih kurang jam 1.30pm rombongan SaranghaErul HQ di Kuala Lumpur bersama Erul, Keluarga dan Crew telah tiba di Hotel The Zon.
Lebih kurang jam 3pm majlis dimulakan. Semua persiapan rapi telah di lakukan oleh Puan Hanizah dan AJK SaranghaErul bahagian JB. Erul menyampaikan dua buah lagu khas buat peminantnya yang hadir pada petang itu. Rata-rata peminat berpuas hati dengan layanan hangat Erul kepada mereka. Pelbagai aktiviti dijalankan bagi memenuhi ruang-ruang masa majlis. Keseluruhan majlis berjalan lancar seperti yang telah dirangkakan.

Jutaan Terima kasih buat SaranghaErul bahagian Johor kerana telah membanting tulang untuk menyediakan majlis yang serba indah ini. Terima kasih juga dikalungkan kepada semua peminat yang sudi hadir ke majlis tersebut.

![]() |
| Erul bersama AJK dari HQ dan JB |

Jutaan Terima kasih buat SaranghaErul bahagian Johor kerana telah membanting tulang untuk menyediakan majlis yang serba indah ini. Terima kasih juga dikalungkan kepada semua peminat yang sudi hadir ke majlis tersebut.
Friday, 23 September 2011
MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI ERUL AF9
Pada 17 September 2011 (Sabtu) yang lalu telah berlangsungnya Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Erul AF9 di Dewan Perbandaran MPAJ, Pandan Indah, Ampang. Seramai lebih kurang 800 orang tetamu dan 60 oang anak yatim dari Asrama Darul Falah (ASDAF), Kuala Lumpur.
Majlis ni adalah hadiah dan tanda ingatan Erul kepada Rakan-rakan Media, Rakan-rakan Artis, dan Kelab Peminat Erul AF9 (SaranghaErul) yang tidak jemu memberi sokongan dan galakan kepada Erul semenjak Erul mula bertapak dalam industri hiburan tanah air.
Majlis yang serba ringkas ini telah berlangsung dengan lancar sekali. Majlis ini telah di hadiri oleh tetamu VIP, Ahli kelab peminat Erul AF9 (SaranghaErul), Rakan-rakan Artis, dan Ahli keluarga. Antara rakan-rakan artis yang hadir pada malam itu ialah Nera AF9, Miza AF9, Azri AF9, Dior, Fina AF9 dan Aida AF9.
Pelbagai aktiviti telah diadakan pada malam tersebut. Antaranya ialah Persembahan istimewa dari Kumpulan Percussion Djembe. Erul juga telah menyampaikan dua buah lagu solo dan satu lagu duet besama dengan teman AF9 nya Nera. Selain itu, Miza AF9 juga telah memeriahkan suasana dengan menyampaikan lagu yang bertajuk Sway.
Dalam keseronokan dan kemeriahan Aidilfitri, Erul juga tidak melupakan mereka yang memerlukan. Selain dihiburkan dengan persembahan dan layanan istimewa dari Erul, Anak-anak Yatim dari ASDAF telah menerima sumbangan duit raya dari Erul.
Monday, 1 August 2011
Salam Ramadhan Al-Mubarak
Salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua SaranghaErul..
Semoga segala amal ibadat yang kita lakukan akan di terima ALLAH.. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)