Good news to all SaranghaErul.. kita akan mengadakan suatu perjumpaan yang besar-besaran dengan semua ahli Erul Fan Club a.k.a SaranghaErul.. Jangan lepaskan peluang anda untuk bersama kami melakukan sesuatu aktiviti yang GEMPAK habess untuk menaikkan semangat Erul.. Semoga dengan kehadiran kita dapat sedikit sebanyak dapat menaikkan semangat Erul untuk berjuang di Akademi Fantasia9.. Kami juga menyediakan cenderamata istimewa buat kalian yang menyertai kami..
Tarikh: 31/05/2011 Jam: 6.00 ptg Tempat: Aeon AU2(berkumpul di Starbuck) Aktiviti : Sesuatu Kejutan Untuk Erul Pakaian: T-shirt Fan Club Erul (Sesiapa yang ingin Menjadi Ahli anda boleh mendaftar pada hari tersebut).
p/s: ada sesuatu yang menarik dan diminati oleh erul akan menjadi milik anda..!!!
Klip video di atas adalah antara sedutan daripada aktiviti-aktiviti Erul Fan Club. Meriah kan? Apa lagi, jom lah aktifkan diri menyertai aktiviti Kelab ini. Memang happening, dan semua peminat Erul memang sporting habis. Penyertaan untuk pertandingan yang kita anjurkan pun agak memberangsangkan. Tak sangka peminat Erul sangat berenergi semuanya. Memang respon yang sangat tak diduga. Kami bagi pihak Erul ingin mengucapkan ribuan Terima Kasih pada yang tak henti-henti menyokong kelab ini. U guys memang superb!. Bagi yang tak pernah lagi menyertai aktiviti yang kita anjurkan, jangan sedih. Anda masih belum terlambat lagi. Jomlah!
Minggu ini, Erul ditugaskan untuk membawa lagu Rock kapak bertajuk Bunga Angkasa, penyanyi asal Terra Rossa. Wah, memang memerlukan vokal yang mantap nih. Doakan Erul berjaya membawa lagu ini dan seterusnya menarik perhatian para pengkritik. Kita sebagai peminat juga jangan berhenti mengundi Erul. Yeah!. Jangan mengundi saat-saat terakhir ye, nanti talian pasti sibuk. Anda boleh mengundi pada hari-hari biasa juga. Yang penting anda mengundi secara berterusan. Ayuh!
Kepada para peserta yang menyertai pertandingan sepanduk Ahad ini (22 Mei) , di harap dapat menghadirkan diri di Starbucks, Aeon Setiawangsa seawal jam 12 tengah hari. Ini kerana, pihak penganjur akan memulakan acara penyampaian hadiah pada jam 1.30 petang. Jadi, cepat-cepat hantar ye. Selepas itu kita akan sama-sama pergi meletakkan sepanduk yang meraih markah terbanyak itu di rumah kaca.
Pasti Erul berbangga dengan hasil tangan kamu semua kan?. Apa lagi, cepat-cepat lah buat dan hantar ye....