Page

Lets Chat here

Special Thx to Chatters SaranghaErul

Sunday 3 April 2011

Erul dan Lena Menyerlah

Konsert Tirai Akademi Fantasia 9 yang telah diadakan semalam menandakan bermulanya musim yang terakhir Akademi Fantasia. 12 pelajar telah mempersembahkan persembahan sulung mereka di hadapan jutaan rakyat Malaysia secara dekat dan melalui kaca TV. Konsert Tirai AF9 telah diadakan di ruang letak kereta Aeon AU2, Setiawangsa.

Di antara kesemua 12 pelajar, 2 orang telah dipilih oleh barisan tenaga pengajar sebagai pelajar yang telah melakukan persembahan yang baik berbanding 10 yang lain. Mereka adalah Erul dan Lena. Erul tampil dengan lagu I'll Be Back dan Kasih Tercipta manakala Lena menyanyikan lagu Lamunan Hati dan Dag Dig Dug.

Kedua-duanya telah diumumkan sebagai pelajar terbaik Konsert Tirai ketika sesi penilaian yang diadakan bersama semua tenaga pengajar termasuk Pengetua, Amy Search. Dalam sesi ini juga, beberapa aspek telah disentuh seperti penjiwaan kerekter, keyakinan dalam penyampaian lagu dan sebagainya.


Dalam Konsert Tirai semalam, semua 12 pelajar diberikan 2 lagu berlainan genre sebagai tugasan mereka. Salah satu daripada lagu tersebut merupakan lagu pilihan mereka sendiri manakala satu lagi lagu merupakan lagu pilihan produksi. Cabaran mereka adalah untuk menguasai kepelbagaian genre muzik dalam satu persembahan.

Apakah lagu tugasan mereka untuk minggu pertama Konsert Akademi Fantasia 9? Saksikan dalam Diari Akademi Fantasia 9, setiap Isnin hingga Jumaat bermula esok, 9 malam di Astro Ria (104)


artikel di petik dari http://www.astro.com.my/akademifantasia
kamsa hamnida astro..

1 comment:

  1. oyeah!! go erul..go erul..
    vote 4 ue..
    u r da best..huhu

    ReplyDelete